SKIM Latihan ICMGTS 2012
SIDC Mempelawa Permohonan Siswazah Bagi Pengambilan ICMGTS Ke-6 SecuritiesIndustry Development Corporation (SIDC), cabang latihan dan pendidikanSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mempelawa siswazah universitimengemukakan permohonan bagi Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam(ICMGTS) ke-6 bermula pada 9 Mac 2012.
ICMGTS ditubuhkan bersamaoleh SC dan SIDC pada tahun 2009, dengan kerjasama Bursa Malaysia danorganisasi dalam industri termasuk Persekutuan Pengurus PelaburanMalaysia (FIMM), Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM),Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan Persatuan PengurusAset Malaysia (MAAM), bagi memudahkan pembangunan modal insan bagiPasaran Modal Islam. Skim itu bertujuan mewujudkan profesional PasaranModal Islam dengan pengetahuan asas dan kemahiran komunikasi yang kukuh.
Dibiayaioleh Dana Pembangunan Pasaran Modal, program tersebut mengandungisembilan modul teknikal dan kemahiran insaniah yang diajarkan olehpakar-pakar dan pengamal industri. Calon yang berjaya akan menerimaelaun bulanan sebanyak RM2,000 sepanjang tempoh latihan selama duabulan. Selain peluang ditemu duga oleh bakal majikan, peserta akanditaja untuk menduduki peperiksaan pelesenan SC bagi melayakkan dirisebagai pengantara berlesen.