Showing posts with label jpsm. Show all posts
Showing posts with label jpsm. Show all posts

18 February 2012

Kursus Sijil FORTRAIN Jabatan Perhutanan Semenanjung 2012

Kursus sijil FORTRAIN

JPSM sebagai sebuah Agensi Kerajaan yang diberikan tanggungjawab penuh mentadbir, mengurus dan membangunkan khazanah hutan di Semenanjung Malaysia, sehingga kini JPSM sudah mencapai umur 110 tahun. Agensi ini didokong oleh satu organisasi warga kerja yang dinamik untuk memastikan JPSM terus maju kehadapan seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP–Government Transformation Programme). Dalam hubungan ini, JPSM akan terus melipatgandakan pelaksanaan berbagai strategi untuk merealisasikan Wawasan JPSM – “Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan” serta memastikan sektor perhutanan terus relevan dan menyumbangkan peranan dan sumbangan penting kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Warga kerja perhutanan di semua lapisan dari serendah-rendah jawatan di lapangan sehinggalah setinggi-tinggi jawatan di peringkat pengurusan atasan JPSM, justeru itu mempunyai peranan yang amat penting secara kolektif di mana secara berpasukan tidak seorang pun akan terkecuali untuk merealisasikan hasrat murni JPSM ini. Dalam konteks ini, saya menyeru semua warga kerja perhutanan JPSM supaya terus mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang dengan mengikiskan sikap negatif, sentiasa bersikap positf dan memberikan perkhidmatan yang terbaik secara berterusan (istiqamah). Saya amat berkeyakinan bahawa “Kita Boleh dan JPSM Boleh”.

Jawatan Kosong JPSM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:
  • A. Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2014)
  • B. Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2012 - 2013)