Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
- Pembantu Trafik
- Pemandu Lokomotif Rendah
Pembantu Trafik
Kelayakan
- Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
- Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB
- Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
- Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
- Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
- Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
- Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
- Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Kelayakan
- Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakiitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
- Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
- Bersedia untuk ditukarkan atau berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB;
- Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif;
- Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual;
- Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren;
- Membantu Pemandu Lokomotif mengendalikan sesebuah lokomotif samada di dalam perjalanan atau berhenti di stesen / depoh;
- Membantu Pemandu Lokomotif dalam tugas lansiran;
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Syarat Lantikan, sila klik :
Closing Date: 3 Januari 2012