01 May 2011

Jawatan Kosong Kesedar May 2011

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.


Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).

Jawatan Kosong Terkini Kemajuan Kelantan Selatan..

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia terutama rakyat Negeri Kelantan yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

Jawatan : Penyelia Ladang

Penempatan: Kawasan Agropolitan Kelantan Selatan (ECER)Rantau Manis
Taraf/Kumpulan: Kontrak / Sokongan
Kekosongan: 3 Jawatan

Tarikh Tutup Permohonan: 07 Mei 2011

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN IKLAN LENGKAP

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB AGENSI