08 May 2011

Jawatan Kosong MDSB Mei 2011

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
 
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
2. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
3. PEKERJA AWAM GRED R1



CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Sabak Bernam dengan cara datang sendiri ke pejabat ini.

(b) Borang- borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

(c) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan lesen memandu dan Sijil- Sijil Persekolahan, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

(d) Pegawai – pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ’A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan laporan Prestasi.

(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh diiklankan pada 3 Mei 2011 (Selasa)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 MEI 2011

(f) BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.

(g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

(h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(KEUTAMAAN DIBERI KEPADA YANG AKTIF DALAM BIDANG SUKAN DAN SOSIAL SERTA BERKEBOLEHAN MENGENDALIKAN KOMPUTER)


Iklan lengkap jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)