19 February 2012

Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS) 2012

SKIM Latihan ICMGTS 2012

SIDC Mempelawa Permohonan Siswazah Bagi Pengambilan ICMGTS Ke-6 SecuritiesIndustry Development Corporation (SIDC), cabang latihan dan pendidikanSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mempelawa siswazah universitimengemukakan permohonan bagi Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam(ICMGTS) ke-6 bermula pada 9 Mac 2012.

ICMGTS ditubuhkan bersamaoleh SC dan SIDC pada tahun 2009, dengan kerjasama Bursa Malaysia danorganisasi dalam industri termasuk Persekutuan Pengurus PelaburanMalaysia (FIMM), Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM),Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) dan Persatuan PengurusAset Malaysia (MAAM), bagi memudahkan pembangunan modal insan bagiPasaran Modal Islam. Skim itu bertujuan mewujudkan profesional PasaranModal Islam dengan pengetahuan asas dan kemahiran komunikasi yang kukuh.

Dibiayaioleh Dana Pembangunan Pasaran Modal, program tersebut mengandungisembilan modul teknikal dan kemahiran insaniah yang diajarkan olehpakar-pakar dan pengamal industri. Calon yang berjaya akan menerimaelaun bulanan sebanyak RM2,000 sepanjang tempoh latihan selama duabulan. Selain peluang ditemu duga oleh bakal majikan, peserta akanditaja untuk menduduki peperiksaan pelesenan SC bagi melayakkan dirisebagai pengantara berlesen.


Sejak diwujudkan, lebih 200siswazah telah menyertai ICMGTS bagi memajukan kerjaya mereka, 92%daripada mereka telah pun diambil bekerja dalam industri. Permintaantinggi bagi siswazah ICMGTS menggambarkan kerelevanan program tersebutdalam meningkatkan jumlah profesional terlatih untuk memenuhipermintaan tinggi tenaga kerja dalam Pasaran Modal Islam yang cergas diMalaysia.

Semua warga Malaysia berusia 30 tahun ke bawah danmemegang ijazah yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kelaskedua atas atau yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitanadalah layak untuk memohon. Mereka yang berminat boleh mendapatkanmaklumat terperinci program tersebut dan memuat turun borang permohonandaripada laman web SIDC di www.sidc.com.my.

Maklumat lanjut dan permohonan sila :

SKIM Latihan ICMGTS 2012 closing date Isnin, 20 Februari 2012.