17 July 2011

Jawatan Kosong Career Utusan Melayu Malaysia Berhad

Career Utusan melayu (malaysia) Berhad, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

1. EKSEKUTIF KANAN KESETIAUSAHAAN

SYARAT KELAYAKAN:

  • Memiliki sijil penuh ICSA atau Lesen Kesetiausahaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kesetiausahaan di syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
  • Berkemahiran tinggi dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, Akta Syarikat 1965 dan Undang-Undang yang berkaitan
  • Berkemahiran serta berkebolehan dalam penulisan laporan
  • Proaktif, berdikari dan berkemahiran antara perorangan
  • Berkemahiran dalam penggunaan perisian MS Office
  • Berkebolehan bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Mampu bekerja di bawah tekanan

CARA MEMOHON:
  • Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) sebelum 22 Julai 2011 kepada:

Pengurus Besar Sumber Manusia
UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD
Pusat Latihan Utusan
Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima
Melalui Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
(u.p.: Unit Pengambilan Kakitangan)

Tarikh Tutup Permohonan: 22 Julai 2011