20 December 2011

Jawatan Kosong KTMB Disember 2011

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Job Opportunity
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
  1. Pembantu Trafik
  2. Pemandu Lokomotif Rendah


Pembantu Trafik

Kelayakan
  • Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB
Spesifikasi Tugas
  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Pemandu Lokomotif Rendah

Kelayakan
  • Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau kakiitangan yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad berumur tidak melebihi 30 tahun;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Penglihatan V 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Bersedia untuk ditukarkan atau berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB;
Spesifikasi Tugas
  • Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif;
  • Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual;
  • Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren;
  • Membantu Pemandu Lokomotif mengendalikan sesebuah lokomotif samada di dalam perjalanan atau berhenti di stesen / depoh;
  • Membantu Pemandu Lokomotif dalam tugas lansiran;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Syarat Lantikan, sila klik :

Closing Date: 3 Januari 2012