27 February 2011

Job Vacancy Guru Sandaran Pusat Anak Permata Negara

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH / GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI

Jawatan : Guru Sandaran Terlatih Siswazah / Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah



1. Jawatan
1.1 Jawatan : Guru Sandaran Terlatih Siswazah /
Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah
1.2 Gelaran Jawatan : Pendidik PERMATA
1.3 Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.4 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
1.5 Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
1.6 Taraf Jawatan : Sandaran
1.7 Jadual Gaji : DC41 : P1T3 RM 1720.90 – T5 RM 1901.80
1.8 Tempat Kekosongan : Pusat Anak Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri

2. Kelayakan Pemohon
Warganegara Malaysia;
Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2011;
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra-Sekolah;
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam lima matapelajaran lain.

3 Elaun-elaun dan kemudahan
Elaun khidmat awam RM 300.00 sebulan;
Bantuan sara hidup mengikut kadar kelayakan;
Elaun - elaun dan lain - lain bayaran mengikut syarat dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan pejabat;
Cuti sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C dan kemudahan perubatan pergigian, kelayakan wad di hospital dan klinik-klinik kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf, dan;
Cuti Tahunan : 25 hari setahun;

4. Cara Memohon
4.1 Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang permohonan BPJPM/5/45 yang boleh dimuat turun melalui blog rasmi PERMATA Negara iaitu http://permata-negara.blogspot.com/
4.2 Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta:-
(i) Lekatkan gambar pada borang permohonan
(ii) Satu salinan kad pengenalan;
(iii) Satu salinan sijil lahir;
(iv) Satu salinan keputusan UPSR;
(v) Satu salinan keputusan PMR;
(vi) Satu salinan keputusan SPM;
(vii) Satu salinan STPM/Diploma; (sekiranya ada)
(viii) Satu salinan Ijazah beserta transkript

4.3 Semua dokumen hedaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm yang bertulis di sebelah kiri atas “Permohonan Pendidik PERMATA” ke alamat berikut sebelum atau pada 28 Februari 2011.
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)
Jabatan Perdana Menteri,
Unit W101, Aras 1,
Enterprise Buliding One (EB1),
63000 Cyberjaya,
SELANGOR.

5 . Urusan Temuduga
Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Sekiranya tuan menghadapi kemusykilan mengenai jawatan ini sila hubungi pegawai berikut:-
i Datin Hjh. Sakdiah binti Hj. Satam No.Telefon 03-83194000
ii Muhdiya binti Md Yusoff No.Telefon 03-83194000

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2011