09 February 2011

Job Vacancy Perbadanan Pengurusan, Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam February 2011

Jawatan Kosong di Perbadanan Pengurusan, Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau lebih dikenali sebagai PPSPPA adalah hasil daripada evolusi Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, lestari dan diterima masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam.

1. Pembantu Penguatkuasa GRED N17 - 52 Kekosongan



TARAF JAWATAN ADALAH TETAP

Syarat-Syarat Umum Permohonan:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 54 tahun.
  • Semua permohonan Secara Online sahaja.
  • Permohonan online pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dicetak dan perlu melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan Laporan Prestasi dan Penyata Perkhidmatan masing-masing dan hanya perlu dibawa semasa temuduga sahaja.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Februari 2011.
  • Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
  • Sebarang surat menyurat mengenai rayuan tidak akan dipertimbangkan. Semua keputusan adalah muktamad.
  • Semua urusan permohonan dan temuduga adalah dibawah tanggungan pemohon.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
WISMA UOA PANTAI
TINGKAT MEZANINE, 2, 3 DAN 4
NO 11, JALAN PANTAI JAYA (JLN 4/83A)
59200 KUALA LUMPUR
(u.p. Bahagian Korporat dan Sumber Manusia)
TEL : 03-22459292
FAKS : 03-22459293 / 9394

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 19 FEBRUARI 2011


For any further information : Click here
To seek vacancy application form.Please submit application form before 19 Febuary 2011 : Click here