21 March 2011

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia 2011

JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bil Jawatan
1. Atendan Kesihatan Gred U3
2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
4. Pemandu Kenderaan Gred R3
5. Pekerja Awam Gred R1
6. Pembantu Am Pejabat Gred N1




1. Atendan Kesihatan Gred U3

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) tamat tingkatan tiga sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; dan
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Gaji permulaan ialah pada Gred U3: P1T1 - RM709.59

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T2 - RM742.26

Deskripsi Tugas
Mempastikan autoclave berada dalam keadaan baik, mengawasi perjalanan pensterilan serta memastikan ianya diproses mengikut peraturan yang ditetapkan dan menjaga kebersihan autoclave dan kawasan sekitarnya serta tugas-tugas lain yang seumpama dengannya.

3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T2 - RM742.26 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas
Memandu bot/ bot ambulan dengan cermat dan mematuhi peraturan. Memeriksa dan memastikan keadaan enjin, minyak, bateri dan keseluruhan bot berada dalam keadaan memuaskan. Menentukan bot disimpan ditempat yang selamat dan memastikan jaket keselamatan dipakai oleh penumpang. Memastikan juga pembantu (Jurumudi/Kelasi) berada bersama ketika memandu.

4. Pemandu Kenderaan Gred R3

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; (ii) memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas
Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya. Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

5. Pekerja Awam Gred R1

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3 - RM 729.19

Deskripsi Tugas
Membersihkan kawasan persekitaran pejabat, memotong rumput, mengutip sampah, menanam dan menjaga pokok-pokok bunga, mengangkat barang-barang dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.

6. Pembantu Am Pejabat Gred N1

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan (ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2 - RM 689.99

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar surat-surat, dokumen-dokumen dan fail-fail, kerja-kerja fotostat dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.