15 March 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Mac 2011

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :-

1. Pegawai Penguatkuasa – N41
2. Pegawai Tadbir – N41
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – U29
4. Penolong Arkitek Landskap – J29
5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa – J29
6. Pembantu Kesihatan Awam – U17
7. Tukang K2 – R11



TARAF JAWATAN : TETAP DAN KONTRAK

PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
i) Imbuhan Tetap Perumahan
ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iii) Bantuan Sara Hidup

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau mengambilnya sendiri di Pejabat (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan), MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu www.mpjbt.gov.my.

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.

Sebelum atau pada : 28 MAC 2011

Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.