17 March 2011

Jawatan Kosong Arkitek Landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mac 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

A.
1. ARKITEK LANDSKAP J41



B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C. CARA MEMOHON
i. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.
ii. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan kelayakan oleh JPA di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my.
iii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

E. CATATAN:
i. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
iii. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
iv. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN