24 July 2011

Jawatan Kosong YKN Julai 2011

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. YKN diperbadankan pada 5hb Disember 1981 berdasarkan surat kelulusan Y.A.B Perdana Menteri di bawah Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 dan telah dilancarkan oleh D.Y.M.M. SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG VII pada 6hb April 1982. Pentadbiran YKN dikawalselia oleh Suratikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981.

Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-
  • 1. Pegawai Eksekutif (Penasihat Undang-Undang)
  • 2. Penolong Pegawai Eksekutif


Alamatkan Permohonan Kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Tingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Maklumat Am :
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tutup permohonan di anggap tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Julai 2011