Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau lebih dikenali sebagai PPSPPA adalah hasil daripada evolusi Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, lestari dan diterima masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam.
1. Pembantu Penguatkuasa GRED N17 - 52 Kekosongan
TARAF JAWATAN ADALAH TETAP
Syarat-Syarat Umum Permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
3. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 54 tahun.
4. Semua permohonan Secara Online sahaja.
5. Permohonan online pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dicetak dan perlu melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan Laporan Prestasi dan Penyata Perkhidmatan masing-masing dan hanya perlu dibawa semasa temuduga sahaja.
6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Februari 2011.
7. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
8. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
9. Sebarang surat menyurat mengenai rayuan tidak akan dipertimbangkan. Semua keputusan adalah muktamad.
10.Semua urusan permohonan dan temuduga adalah dibawah tanggungan pemohon.
11.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui :-
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
WISMA UOA PANTAI
TINGKAT MEZANINE, 2, 3 DAN 4
NO 11, JALAN PANTAI JAYA (JLN 4/83A)
59200 KUALA LUMPUR
(u.p. Bahagian Korporat dan Sumber Manusia)
TEL : 03-22459292
FAKS : 03-22459293 / 9394
Syarat Kelayakan/Lantikan:
(a)
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
v. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat dan.
vi. diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan.
(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 19 FEBRUARI 2011